Aku baru dengar term ni selepas aku gi majlis pertunangan member aku. Pertama kali jugak la dalam idup aku dengar.
Pertama sekali, aku ni bukanlah ustaz, dan bukanlah pelajar jurusan fokus tentang agama, fikh, tauhid, atau Al- Quran yang begitu pandai nak menegur, namun aku adalah basic sedikit sebanyak setelah aku hidup 24 tahun ni.
Yang memperkenankan bende ni pon aku dengar dari kerabat diraja time tu yang datang juga. Die "Bertitah" supaya nikah gantung awal, ceremony next year.
Member aku dah elok planning next year, trus berpeloh2. Malah terus kelam kabut dari segi persediaan mental.
Ekceli bagus kalo lepas tunang terus bernikah je, supaye lepas tu ko nak buat ape dengan bini ko pon up to you-lah once dah sah bernikah, dah halal hubungan. Dan selalunye malam pertama tu yg di-looking forward utk sume pasangan, sape tak looking fowed, pergi tejun lombong ah. Tipu kalo tak looking fowed. Especially aku paling looking fowed! wuhoo!.
Jadi, setahu aku, proses nak nikah ni senang je, bertunang pastu nikah, walimatulurus atau kenduri pastu supaya nak memberitau pasangan da kawin. Takyah grand2 simple2 cukup ikut kemampuan.
Oke sebelum aku start komplen, aku nak highlight dulu tentang effect budaya kepada agama yang tercinta.
Seblom ni kite dengar rasul melayu masuk jail. Sebab pesongkan agama dan mengaku rasul. Okey itu memang secara terang2an lah dah tahu secara agama dah sesat. Tapi bagaimana pula dengan banyak2 sunnah melayu sebelum ni dan sehingga sekarang masih ada kerana ianya telah menjadi budaya sekarang?
contoh2 sunnah melayu, time bernikah, yang diberatkan ialah kenduri, seboleh2nya nak grand gile, pastu mas kahwin bayar murah, hantaran pulak tinggi giler2. Disebabkan budaya cemtu, proses untuk bernikah menjadi susah. Menyebabkan ramai yang tangguh2 untuk bernikah sebab takde duit.
Bukannye dalam perkahwinan je, adat2 pepatih dalam pembahagian harta la , protokol2 diraja la, banking interest la dan banyak melambak lagi lah dalam sunnah melayu yang berleluasa disini.
Pandai2 korangggg je reka2 sendiri. Padahal dalam Islam tu dah mudah dah, pastu korang cipta dan folow akal fikiran korang yg cetek tu, membuatkan rule dalam islam yang simple menjadi susah dan akhirnya berat dan akhirnya semua menjadi susah. Nak mandi pon susah, nak cuci air kencing pon susah, nak berjimak pon susah, nak kahwin pon susah. Macam2...
Jadi kembali ke realiti, apabila pemerintah bertitah "nikah gantung", jadi rakyat pon secara tak langsung pikir, uish, nikah gantung...wow wow, bende baru nih, maksudnye hubungan dah halal, tapi selagi tak bersanding, selagi tu tak boleh beromen, ataupun boleh beromen tapi takley dapat anak. Sebab nanti nak naik pelamin nanti boyot, orang kate ape pulak. Ak elaa? Abes, kalo dah rezeki nak dapat anak time tu, camne? takkan nak tolak rezeki dari tuhan?
U olz pk secara logic, bende tu nyusahkan ke tak?
Sape angkat tangan, aku salute! u olz memang adalah muslim sejati. Itulah die mende tak wajib pastu diberatkan, akan jadi susah. Nikah tak semestinya wajib naik pelamin beb. Bende tu budaya dari india je, pastu jadi budaya melayu la.
Kesimpulannya, janganlah perkara yang tak wajib tapi dititikberatkan, dalam kes ni, bersanding tu dianggap wajib.
Nikah gantung? ape punye kesss la ni. Hadei.. tak pernah2 ada dalam sunnah rasul atau ditulis dalam Al-Quran pon. Tibe2 kat malaysia wujud pulak hal macam ni. Dah jadi sunnah melayu..haih..(mengeluh)
Kepada pemerintah, korang harus faham, ape yang korang sampaikan, yg keluar dari mulut korang, rakyat akan ikut. Jadi se-elok-eloknya, korang kena ada dan follow nasihat dari penasihat Agama islam, dan jangan main ikut suka idea dalam kepala je nak kata apa. Nanti orang akan salah faham, dan impaknya kepada masyarakat amatlah tinggi. Ramai akan terpesong pulak pemikiran nanti.
Cuba anda semua renung2kan dan fikir2kan..
Wabillahitaufik wa'lhidayah, wassalamualaikum warahmatullah.
(Jadi penceramah undangan pulak aku kali ini)
- Ashraafkomplen -